Thursday, 6 December 2012

Mengapa Rezeki Susah Nak Masuk?

Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK :

1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh

Nota: Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang, tapi kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain..

Hukum Bermesej Dengan Perempuan

hanya berkongsi ilmu agama!!!

hukum bermesej atau sms

soalan
apakah hukumnya seorg lelaki dan perempuan bkn mahram bermsj melalui handphone(telefon bimbit)..apakah perbuatan itu halal atau haram?

jawapan ustak azhar idrus
sekiranya kandungan msj antara lelaki dan perempuan yg bkn mahram itu adalah perkara² penting seperti jual beli atau seumpamanya,maka hukumnya adalah harus dan wajib disingkatkn setakat yg penting shj..
sekiranya msj seperti bertanyakn," sedang buat apa?" "awak minat apa?" "suka warna apa?" atau "saya suka tengok awak pakai baju ini" maka hukumnya tidak syak lg adalah haram dlm islam..

Tips Kejutkan Orang Bangun Sahur

TIPS KEJUTKAN ORG BANGUN SAHUR yg agak MENCABAR hihi
khas utk org yg liat bangun sahur...


1. Pegang anak jari kiri atau kanan sambil memanggil nama dia perlahan2
2. Sentuh bahu orang yang tidur tu dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama dia...
3. Renjis air kat muka dia...
4. Tampar tampar manja pipi dia..
5. Tutup kipas/air cond

Tapi kalau still tak ada effect,
...
1. Jerit nama dia sekuat hati...
2. Gigit ibu jari kaki dia, macam hantu toyol gigit
3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam dan stokin busuk korang
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. Goyang badan dia kuat - kuat dan jerit 'tsunami!' tsunami!

Tapi kalau still tak ada effect gak,

1. Pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak - banyak kali...
2. Pergi dekat dengan dia dan baca je surah Yaasin!

Tapi kalau still tak ada effect gak...Ni je la cara terakhir

1. Panggil je orang masjid atau surau untuk uruskan...kerana Tuhan lebih menyayanginya...Innalillahi wa inna ilaihi roji'un...

Nasihat Untuk Perempuan

Seorang gadis comel sedang mengambil gambar dalam handphone .. 'Klik !' 'Klik!' dengan berbagai aksi comel .. dia ambil lagi gambarnya .. posing dengan penuh kemanjaan dan cute ~~ 'Klik !' 'Klik !' tiba2, dalam fikirannya " nak upload dlm fb lah.." untuk memberi harapan orang akan memujinya .. dan akhirnya .. upload sudahlah gambar2nya didalam fb .. satu persatu tekan 'like'.. satu persatu .. memberikan komen yang boleh membanggakan dirinya..'comel la u ni..' wau.. u cute..' pandai nya u posing..' ... 

Tidak sedarkah anda? Anda tidak menutup aurat , sudah berdosa.. orang tengok gambar anda tidak menutup aurat dalam facebook , orang itu dapat dosa..anda dapat dosa lagi.. orang yang tekan 'like' dapat dosa ..anda berdosa lagi.. orang yang memuji anda dapat dosa.. dosa anda bertambah lagi.. lagi dan lagi .. selama mana ia ada dalam internet , selama itulah dosa anda berlipat kali ganda. !

Berubahlah wahai wanita..
sebelum terlambat.

Wanita yang comel = Wanita yang menutup aurat dengan sempurna.
Wanita yang sweet = Wanita yang banyak diam dengan lelaki ajnabi.
Wanita yang romantik = Wanita yang mengharapkan cinta dari Allah.
Wanita yang charming = Wanita yang sering mengingatkan lelaki tentang cinta Allah.