Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK :
1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh
Nota: Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang, tapi kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain..
Thursday, 6 December 2012
Hukum Bermesej Dengan Perempuan
hanya berkongsi ilmu agama!!!
hukum bermesej atau sms
soalan
apakah hukumnya seorg lelaki dan perempuan bkn mahram bermsj melalui handphone(telefon bimbit)..apakah perbuatan itu halal atau haram?
jawapan ustak azhar idrus
sekiranya kandungan msj antara lelaki dan perempuan yg bkn mahram itu adalah perkara² penting seperti jual beli atau seumpamanya,maka hukumnya adalah harus dan wajib disingkatkn setakat yg penting shj..
sekiranya msj seperti bertanyakn," sedang buat apa?" "awak minat apa?" "suka warna apa?" atau "saya suka tengok awak pakai baju ini" maka hukumnya tidak syak lg adalah haram dlm islam..
hukum bermesej atau sms
soalan
apakah hukumnya seorg lelaki dan perempuan bkn mahram bermsj melalui handphone(telefon bimbit)..apakah perbuatan itu halal atau haram?
jawapan ustak azhar idrus
sekiranya kandungan msj antara lelaki dan perempuan yg bkn mahram itu adalah perkara² penting seperti jual beli atau seumpamanya,maka hukumnya adalah harus dan wajib disingkatkn setakat yg penting shj..
sekiranya msj seperti bertanyakn," sedang buat apa?" "awak minat apa?" "suka warna apa?" atau "saya suka tengok awak pakai baju ini" maka hukumnya tidak syak lg adalah haram dlm islam..
Tips Kejutkan Orang Bangun Sahur
TIPS KEJUTKAN ORG BANGUN SAHUR yg agak MENCABAR hihi
khas utk org yg liat bangun sahur...
1. Pegang anak jari kiri atau kanan sambil memanggil nama dia perlahan2
2. Sentuh bahu orang yang tidur tu dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama dia...
3. Renjis air kat muka dia...
4. Tampar tampar manja pipi dia..
5. Tutup kipas/air cond
Tapi kalau still tak ada effect,
khas utk org yg liat bangun sahur...
1. Pegang anak jari kiri atau kanan sambil memanggil nama dia perlahan2
2. Sentuh bahu orang yang tidur tu dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama dia...
3. Renjis air kat muka dia...
4. Tampar tampar manja pipi dia..
5. Tutup kipas/air cond
Tapi kalau still tak ada effect,
...
1. Jerit nama dia sekuat hati...
2. Gigit ibu jari kaki dia, macam hantu toyol gigit
3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam dan stokin busuk korang
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. Goyang badan dia kuat - kuat dan jerit 'tsunami!' tsunami!
Tapi kalau still tak ada effect gak,
1. Pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak - banyak kali...
2. Pergi dekat dengan dia dan baca je surah Yaasin!
Tapi kalau still tak ada effect gak...Ni je la cara terakhir
1. Panggil je orang masjid atau surau untuk uruskan...kerana Tuhan lebih menyayanginya...Innalillahi wa inna ilaihi roji'un...
1. Jerit nama dia sekuat hati...
2. Gigit ibu jari kaki dia, macam hantu toyol gigit
3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam dan stokin busuk korang
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. Goyang badan dia kuat - kuat dan jerit 'tsunami!' tsunami!
Tapi kalau still tak ada effect gak,
1. Pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak - banyak kali...
2. Pergi dekat dengan dia dan baca je surah Yaasin!
Tapi kalau still tak ada effect gak...Ni je la cara terakhir
1. Panggil je orang masjid atau surau untuk uruskan...kerana Tuhan lebih menyayanginya...Innalillahi wa inna ilaihi roji'un...
Nasihat Untuk Perempuan
Seorang gadis comel sedang mengambil gambar dalam handphone .. 'Klik !' 'Klik!' dengan berbagai aksi comel .. dia ambil lagi gambarnya .. posing dengan penuh kemanjaan dan cute ~~ 'Klik !' 'Klik !' tiba2, dalam fikirannya " nak upload dlm fb lah.." untuk memberi harapan orang akan memujinya .. dan akhirnya .. upload sudahlah gambar2nya didalam fb .. satu persatu tekan 'like'.. satu persatu .. memberikan komen yang boleh membanggakan dirinya..'comel la u ni..' wau.. u cute..' pandai nya u posing..' ...
Tidak sedarkah anda? Anda tidak menutup aurat , sudah berdosa.. orang tengok gambar anda tidak menutup aurat dalam facebook , orang itu dapat dosa..anda dapat dosa lagi.. orang yang tekan 'like' dapat dosa ..anda berdosa lagi.. orang yang memuji anda dapat dosa.. dosa anda bertambah lagi.. lagi dan lagi .. selama mana ia ada dalam internet , selama itulah dosa anda berlipat kali ganda. !
Berubahlah wahai wanita..
Tidak sedarkah anda? Anda tidak menutup aurat , sudah berdosa.. orang tengok gambar anda tidak menutup aurat dalam facebook , orang itu dapat dosa..anda dapat dosa lagi.. orang yang tekan 'like' dapat dosa ..anda berdosa lagi.. orang yang memuji anda dapat dosa.. dosa anda bertambah lagi.. lagi dan lagi .. selama mana ia ada dalam internet , selama itulah dosa anda berlipat kali ganda. !
Berubahlah wahai wanita..
sebelum terlambat.
Wanita yang comel = Wanita yang menutup aurat dengan sempurna.
Wanita yang sweet = Wanita yang banyak diam dengan lelaki ajnabi.
Wanita yang romantik = Wanita yang mengharapkan cinta dari Allah.
Wanita yang charming = Wanita yang sering mengingatkan lelaki tentang cinta Allah.
Wanita yang comel = Wanita yang menutup aurat dengan sempurna.
Wanita yang sweet = Wanita yang banyak diam dengan lelaki ajnabi.
Wanita yang romantik = Wanita yang mengharapkan cinta dari Allah.
Wanita yang charming = Wanita yang sering mengingatkan lelaki tentang cinta Allah.
Monday, 20 August 2012
Imam As Syafie
RIWAYAT HIDUP
Imam Syafie dibesarkan di Hijaz, tanah asal Ahli Sunah Waljamaah. Pada awalnya, beliau berpegang kepada ajaran Imam Malik sebelum berhijrah ke Iraq dan di sana beliau didedahkan kepada pentaakulan logik Islam yang diamalkan oleh ahli fiqah Iraq. Setelah itu, Imam Syafii berhijrah ke Mesir di mana beliau memperkenalkan pemikiran, sistem pentaakulan dan ajaran beliau yang pada hari ini dikenali sebagai mazhab Syafie. Pengajian beliau dalam ilmu fiqah terbahagi kepada tiga peringkat. Peringkat permulaan ialah ketika beliau di Makkah dan Madinah, Hijjaz. Setelah dilatih untuk menjadi ahli fiqah yang mengutamakan Sunnah nabi, beliau dihantar ke Iraq. Di Iraqlah bermula peringkat kedua pengajian beliau, dengan mendapat pendidikan mengenai pentaakulan dalam menentukan syaria Islam. Peringkat terakhir adalah ketika beliau di Mesir dan pengasasan mazhab Syafii.
Penyebar-luasan pemikiran Mazhab Syafii berbeda dengan Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki, yang banyak dipengaruhi oleh kekuasaan kekhalifahan. Pokok pikiran dan prinsip dasar Mazhab Syafii terutama disebar-luaskan dan dikembangkan oleh para muridnya. Murid-murid utama Imam Syafii di Mesir, yang menyebar-luaskan dan mengembangkan Mazhab Syafii pada awalnya adalah:
Imam Syafii terkenal sebagai perumus pertama metodologi hukum Islam. Usul al-Fiqh (atau metodologi hukum Islam) tidak dikenal pada masa Nabi dan sahabat, melainkan ilmu ini baru lahir setelah Imam Syafii menulis Ar-Risalah. Mazhab Syafii umumnya dianggap sebagai mazhab yang paling konservatif diantara mazhab-mazhab fiqah Sunni lainnya, dimana berbagai ilmu keislaman telah berkembang berkat dorongan metodologi hukum Islam dari para pendukung mazhab ini.
Imam Syafie dibesarkan di Hijaz, tanah asal Ahli Sunah Waljamaah. Pada awalnya, beliau berpegang kepada ajaran Imam Malik sebelum berhijrah ke Iraq dan di sana beliau didedahkan kepada pentaakulan logik Islam yang diamalkan oleh ahli fiqah Iraq. Setelah itu, Imam Syafii berhijrah ke Mesir di mana beliau memperkenalkan pemikiran, sistem pentaakulan dan ajaran beliau yang pada hari ini dikenali sebagai mazhab Syafie. Pengajian beliau dalam ilmu fiqah terbahagi kepada tiga peringkat. Peringkat permulaan ialah ketika beliau di Makkah dan Madinah, Hijjaz. Setelah dilatih untuk menjadi ahli fiqah yang mengutamakan Sunnah nabi, beliau dihantar ke Iraq. Di Iraqlah bermula peringkat kedua pengajian beliau, dengan mendapat pendidikan mengenai pentaakulan dalam menentukan syaria Islam. Peringkat terakhir adalah ketika beliau di Mesir dan pengasasan mazhab Syafii.
Imam Syafii dilahirkan sama ada di Gaza, Palestin atau di sebuah pekan kecil berdekatan dengan Asqalan atau Askelon di Turki atau Syria (Asqalan ketika zaman itu merupakan sebahagian daripada Syria). Selepas kemangkatan bapa beliau, keluarganya berhijrah ke Palestin bersama-sama
dengan Bani Yaman, yang merupakan satu keturunan ibu beliau. Ketika
berumur 10 tahun, beliau berhijrah sekali lagi ke Makkah. Imam Syafii
mula mempelajari al-Quran ketika berumur tujuh tahun dan mula
mempelajari dan mengingati kitab al-Muwatta' karangan
Imam Malik pada umur 10 tahun. Ketika berumur 15 tahun, beliau diberi
pengiiktirafan untuk mengajukan pendapat beliau di dalam bidang fiqah.
Bapa beliau berasal daripada bani Quraisy, dan nenek moyang Imam Syafii adalah al-Mutallib adalah bapa saudara Nabi Muhammad. Bani Quriasy merupakan penyokong Nabi Muhammad setelah Perang Badar.
Sejarah keturunan beliau memberikan beliau martabat dan mungkin juga
menjadi sumber inspirasi untuk beliau mempertahankan ajaran Sunah.
Membesar di kalangan puak Badwi, Imam Syafii kemudiannya kembali ke Makkah dan memulakan pengajian syaria beliau dengan Muslim bin Khalid al-Zanji, Mufti Mekah ketika itu, Sufian bin Uyaina,
dan lain-lain lagi. Walaupun telah diiktiraf untuk menjadi hakim,
beliau membuat keputusan untuk meneruskan pengajian dengan Imam Malik.
Imam Syafii meinggalkan Mekah ke Madiah untuk bertemu dengan Imam Malik,
dan umur beliau ketika itu ialah 22 tahun.
Nama: | Muhammad bin Idris as-Syafii |
---|---|
Gelaran: | Imam Syafii |
Lahir: | 767 |
Wafat: | 820 |
Bidang: | Fiqah, |
Idea utama: | Mazhab Syafii |
Pengaruh: | Imam Malik |
PENYEBARAN
Penyebar-luasan pemikiran Mazhab Syafii berbeda dengan Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki, yang banyak dipengaruhi oleh kekuasaan kekhalifahan. Pokok pikiran dan prinsip dasar Mazhab Syafii terutama disebar-luaskan dan dikembangkan oleh para muridnya. Murid-murid utama Imam Syafii di Mesir, yang menyebar-luaskan dan mengembangkan Mazhab Syafii pada awalnya adalah:
- Yusuf bin Yahya al-Buwaiti (w. 846)
- Abi Ibrahim Ismail bin Yahya al-Muzani (w. 878)
- Ar-Rabi bin Sulaiman al-Marawi (w. 884)
Imam Ahmad bin Hanbal yang terkenal sebagai ulama hadis terkemuka dan pendiri fiqah Mazhab Hanbali,
juga pernah belajar Imam Syafii. Selain itu, masih banyak ulama-ulama
yang terkemudian yang mengikuti dan turut menyebarkan Mazhab Syafii,
antara lain:
PENINGGALAN
Imam Syafii terkenal sebagai perumus pertama metodologi hukum Islam. Usul al-Fiqh (atau metodologi hukum Islam) tidak dikenal pada masa Nabi dan sahabat, melainkan ilmu ini baru lahir setelah Imam Syafii menulis Ar-Risalah. Mazhab Syafii umumnya dianggap sebagai mazhab yang paling konservatif diantara mazhab-mazhab fiqah Sunni lainnya, dimana berbagai ilmu keislaman telah berkembang berkat dorongan metodologi hukum Islam dari para pendukung mazhab ini.
Karena metodologinya yang sistematis dan tingginya tingkat ketelitian
yang dituntut oleh Mazhab Syafii, terdapat banyak sekali ulama dan
penguasa di dunia Islam yang menjadi pendukung setia mazhab ini. Di
antara mereka bahkan ada pula yang menjadi pakar terhadap keseluruhan
mazhab-mazhab Ahli Sunah Waljamaah di
bidang mereka masing-masing. Saat ini, Mazhab Syafii diperkirakan
diikuti oleh 28% umat Islam sedunia, dan merupakan mazhab terbesar kedua
dalam hal jumlah pengikut setelah Mazhab Hanafi.
KISAH IMAM AS_SYAFIE
Imam Syafie bernama Muhammad bin Idris. Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad SAW pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf.
Imam Syafie bernama Muhammad bin Idris. Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad SAW pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf.
Beliau dilahirkan di Ghuzah nama sebuah kampung yang termasuk daerah
Palestin, pada bulan Rejab 150 H atau 767 Masehi. Tempat asal ayah dan
bonda beliau ialah di Kota Makkah. Imam Syafie lahir di Palestin kerana
ketika itu bondanya pergi ke daerah itu demi keperluan penting. Namun di
dalam perjalanan menuju Palestin tersebut ayahnya meninggal dunia,
sementara Imam Syafie masih dalam kandungan ibunya. Setelah berumur dua
tahun baru Imam Syafie dan ibunya kembali ke Kota Makkah.
Ketika berumur 9 tahun beliau telah hafal Al-Quran 30 juz. Umur 19 tahun
telah mengerti isi kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama
kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya. Kitab Al-Muwatha’ tersebut berisi
hadith-hadith Rasulullah SAW, yang dihimpun oleh Imam Malik. Kerana
kecerdasannya pada umur 15 tahun beliau telah diizinkan memberi fatwa di
hadapan masyarakat dan menjawat sebagai guru besar ilmu hadith serta
menjadi mufti dalam Masjidil Haram di Makkah.
Ketika berumur 20 tahun beliau pergi belajar ke tempat Imam Malik di
Madinah, setelah itu beliau ke Iraq, Parsi dan akhirnya kembali ke
Madinah. Dalam usia 29 tahun beliau pergi ke Yaman untuk menuntut ilmu
pengetahuan.
Tentang ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah diceritakan bahawa
setiap malam beliau membagi malam itu kepada tiga bahagian. Sepertiga
malam beliau gunakan kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga,
sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.
Ketika Imam Syafie di Yaman, beliau diangkat menjadi setiausaha dan
penulis istimewa Gabenor di Yaman, sekaligus menjadi guru besar di sana.
Kerana beliau termasuk orang pendatang, secara tiba-tiba memangku
jawatan yang tinggi, maka ramai orang yang memfitnah beliau. Ahli
sejarah telah menceritakan bahawa waktu Sultan Harun Ar-Rasyid sedang
marah terhadap kaum Syiah, sebab golongan tersebut berusaha untuk
meruntuhkan kekuasaan Abbasiyah, mereka berhasrat mendirikan sebuah
kerajaan Alawiyah iaitu keturunan
Saidina Ali bin Abi Talib. Kerana itu di mana kaum Syiah berada mereka diburu dan dibunuh.
Saidina Ali bin Abi Talib. Kerana itu di mana kaum Syiah berada mereka diburu dan dibunuh.
Suatu kali datang surat baginda Sultan dari Baghdad. Dalam surat yang
ditujukan kepada Wali negeri itu diberitahukan supaya semua kaum Syiah
ditangkap. Untuk pertama kali yang paling penting adalah para
pemimpinnya, jika pekerjaan penangkapan telah selesai semua mereka akan
dikirimkan ke Baghdad. Semuanya harus dibelenggu dan dirantai. Imam
Syafie juga ditangkap, sebab di dalam surat tersebut bahawa Imam Syafie
termasuk dalam senarai para pemimpin Syiah.
Ketika peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan, Imam Syafie dibawa ke
Baghdad dengan dirantai kedua belah tangannya. Dalam keadaan dibelenggu
itu para tahanan disuruh berjalan kaki mulai dari Arab Selatan (Yaman)
sampai ke Arab Utara (Baghdad), yang menempuh perjalanan selama dua
bulan. Sampai di Baghdad belenggu belum dibuka, yang menyebabkan
darah-darah hitam melekat pada rantai-rantai yang mengikat tangan
mereka.
Pada suatu malam pengadilan pun dimulai. Para tahanan satu persatu masuk
ke dalam bilik pemeriksaan. Setelah mereka ditanya dengan beberapa
kalimat, mereka dibunuh dengan memenggal leher tahanan tersebut. Supaya
darah yang keluar dari leher yang dipotong itu tidak berserak ia dialas
dengan kulit binatang yang diberi nama dengan natha’. Imam Syafie dalam
keadaan tenang menunggu giliran, dengan memohon keadilan kepada Allah
SWT. Kemudian beliau dipanggil ke hadapan baginda Sultan. Imam Syafie
menyerahkan segalanya hanya kepada Allah SWT. Dengan keadaan merangkak
kerana kedua belah kaki beliau diikat dengan rantai, Imam Syafie
mengadap Sultan. Semua para pembesar memperhatikan beliau.
“Assalamualaika, ya Amirul Mukminin wabarakatuh.” Demikian ucapan salam
beliau kepada baginda dengan tidak disempurnakan iaitu “Warahmatullah.”
“Wa alaikassalam warahmatullah wabarakatuh.” Jawab baginda. Kemudian
baginda bertanya: “Mengapa engkau mengucap salam dengan ucapan yang
tidak diperintahkan oleh sunnah, dan mengapa engkau berani berkata-kata
dalam majlis ini sebelum mendapat izin dari saya?” Imam Syafie menjawab:
“Tidak saya ucapkan kata “Warahmatullah” kerana rahmat Allah itu
terletak dalam hati baginda sendiri.” Mendengar kata-kata itu hati
baginda jadi lembut. Kemudian Imam Syafie membaca surah An-Nur ayat 55
yang bermaksud:
“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.”
Setelah membaca ayat di atas kemudian Imam Syafie berkata: “Demikianlah
Allah telah menepati janjiNya, kerana sekarang baginda telah menjadi
khalifah, jawapan salam baginda tadi membuat hati saya menjadi aman.”
Hati baginda menjadi bertambah lembut. Baginda Harun ar Rashid bertanya
kembali: “Kenapa engkau menyebarkan faham Syiah, dan apa alasanmu untuk
menolak tuduhan atas dirimu.” “Saya tidak dapat menjawab pertanyaan
baginda dengan baik bila saya masih dirantai begini, jika belenggu ini
dibuka Insya-Allah saya akan menjawab dengan sempurna. Lalu baginda
memerintahkan kepada pengawal untuk membukakan belenggu yang mengikat
lmam Syafie itu. Setelah rantai yang membelenggu kedua kaki dan
tangannya itu dibuka, maka Imam Syafie duduk dengan baik kemudian
membaca surah Hujarat ayat 6:
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”
“Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang sampai kepada baginda itu
adalah dusta belaka. Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan Islam. Dan
bagindalah yang berhak memegang adab kitab Allah kerana baginda adalah
putera bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abbas. Kita sama-sama
menghormati keluarga Rasulullah. Maka kalau saya dituduh Syiah kerana
saya sayang dan cinta kepada Rasulullah dan keluarganya, maka demi
Allah, biarlah umat Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah
Syiah. Dan tuan-tuan sendiri tentunya sayang dan cinta kepada keluarga
Rasulullah.” Demikian jawab Imam Syafie.
Baginda Harun ar-Rasyid pun menekurkan kepalanya kemudian ia berkata
kepada Imam Syafie: “Mulai hari ini bergembiralah engkau agar lenyaplah
perselisihan antara kami dengan kamu, kerana kami harus memelihara dan
menghormati pengetahuanmu wahai Imam Syafie.”
Demikianlah kehidupan Imam Syafie sebagai ulama besar, yang tidak lepas
dari berbagai cubaan serta seksaan dari pihak yang tak mengerti akan
hakikat kebenaran yang sesungguhnya. Hanya ketabahan dan keimanan serta
pengetahuanlah yang dapat menghadapi setiap cubaan itu sebagai suatu
ujian dari Allah SWT yang harus kita hadapi.
Friday, 3 August 2012
Yakin dengan kalimah “laa ilaaha illallah muhammadurrasulullah”
Kalimah
ini merupakan kalimah iman.Maksud “laa ilaaha illallah” ialah kita
hendak memasukkan kebesaran Allah dalam hati kita dan kita keluarkan
kebesaran makhluk dalam hati kita. Dalam erti kata lain, kita hendaklah
yakin bahawa hanya Allah yang berkuasa dan bukannya makhluk seperti
manusia, haiwan dan sebagainya. Sebagai
contoh, jika kita sakit tentunya kita akan makan ubat tetapi bukan ubat
yang berkuasa menyembuhkan kita tetapi Allah SWT. Ubat itu hanyalah asbab (
perantara) dari Allah untuk menyembuhkan. Janganlah pula tidak makan
ubat kerana tanpa ikhtiar dan keizinan dari Allah maka sesuatu itu tidak
akan berhasil. Kita juga hendaklah yakin bahawa sesuatu yang berlaku
itu, jika tanpa izin Allah SWT, maka ianya tidak akan terjadi.Sebagai
contoh, jika kita telah berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan
sesuatu perkara, jika Allah tidak mengizinkan kita berjaya maka tiada
kejayaan atas usaha tersebut. Jika Allah mengizinkan sesuatu perkara
berlaku, tanpa sebab pun perkara tersebut boleh berlaku sebagaimana yang
kita dapat lihat pada tragedi tsunami.
Nilai Iman
Iman
sebesar zarah harganya di sisi Allah SWT ialah syurga yang luasnya
sepuluh 10 kali dunia. Harta sebanyak dunia tetapi mati tanpa iman tidak
akan dapat walaupun baunya syurga.
Di dalam sebuah hadith Nabi s.a.w bersabda lebih kurang:
Allah
SWT akan memerintahkan pada Hari Pengadilan "Keluarkan dari neraka
jahannam, semua mereka yang berkata Laa ilaha Illallah dan yang
mempunyai iman walaupun sebesar zarah di dalam hatinya. Keluarkan semua
mereka yang berkata Laa ilaha Illallah atau mengingati Aku dengan
berbagai cara atau takut kepada Aku pada bila-bila masa".
Iman
itu nilainya adalah syurga. Iman yang paling kecil, iaitu sebesar zarah
dihargai oleh Allah SWT dengan syurga yang luasnya sepuluh 10 kali
dunia. Allah SWT akan berkata kepada mereka yang paling akhir masuk
syurga, "Hendakkah kamu syurga yang luasnya seperti dunia yang kamu
hidup dahulu? Maka mereka menyangka bahawa Allah SWT mempermain-mainkan
mereka dan mereka berkata, "Oh,! Ya, Allah! Kamu adalah Rab (Tuhan) dan
kami adalah hambaMu. Oleh itu janganlah kamu mempermain-mainkan kami".
Allah SWT akan berkata bahawa Allah SWT bukan sahaja memberi mereka
syurga yang luasnya seperti dunia yang mereka hidup dahulu malahan
sepuluh 10 kali ganda luasnya.
Kelebihan:
1.Siapa
yang akhir Kalamnya (meninggal dunia) dapat menyebut Kalimah
Lailahailallah nescaya Allah akan memberi syurga 10 kali ganda besar
dunia.
2. Barang siapa yang mati sedangkan dia yakin tidak ada yang berhak disembah selain Allah Swt., maka dijamin masuk surga.
3.
Barang siapa yang bersaksi bahwa tidak ada yang berhak disembah selain
Allah dan hatinya membenarkan lisannya, maka dipersilakan masuk surga
dari pintu mana yang dia suka.
Cara hendak mendapatkannya
1.
Dakwah maksud, kelebihan dan cari cerita hadis kisah para sahabat
s.a.w. ketika Khalid Alwalid menjadi tawanan Saidina Umar sebelum beliau
masuk Islam.
2.Nafikan dalam hati kebesaran dan keagungan makhluk tetapi isbatkan Keagungan Allah.
3. Doa supaya Allah mengurniakan kalimah tersebut kepada kita.
“muhammadurrasulullah” pula bererti kita hendaklah menanam keyakinan bahawa hanya sifat
Nabi Muhammad SAW yang akan membawa kejayaan didunia dan diakhirat dan
salah satu caranya adalah dengan mengikuti sunah2 nabi. Antara yang boleh kita ikuti adalah cara nabi makan, tidur dan lain- lain . Memang saya akui,pada zaman serba moden ini sunah Nabi Muhammad SAW agak kurang diikuti. Dengan pemikiran jumud masyarakat sekarang, sunah-sunah
nabi dianggap pelik dan diketawakan. Sedarlah, jika bukan kita yang
mengamalkan sunah-sunah nabi, siapa lagi yang akan mengamalkannya? Tepuk
dada tanya iman.
Kelebihan
1.Barangsiapa
yang menghidupkan sunnah nabi s.a.w di zaman kerosakkan fasyak dan
mungkar ummat, Allah akan beri ganjaran 100 pahala mati syahid.
Cara hendak mendapatkannya
1.Dakwah maksud, kelebihan dan cari hadis kisah para sahabat s.a.w. cerita dua 2 orang sahabat berjalan di suatu lorong
2.Amal semudah-mudah sunnah hingga sesukar-sukar sunnah Rasulullah s.a.w.
3.Doa supaya dicampakkan hakikat kalimah ini.
6 Sifat para nabi dan rasul
Allah SWT meletakkan kejayaan dan kebahagiaan
manusia di dunia dan di akhirat hanya pada agama yang sempurna.Agama
yang sempurna adalah agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW tetapi
manusia pada zaman ini tidak mempunyai kemampuan untuk mengamalkan agama
yang sempurna. Sebagaimana yang kita tahu,para sahabat yang hidup
dizaman Rasulullah SAW merupakan
hamba Allah yang berjaya didunia dan diakhirat. Mereka telah berjaya
dalam mengamalkan agama secara sempurna kerana mereka memiliki
sifat-sifat yang terkandung dalam sifat enam sahabat yang meliputi:
1.Yakin dengan kalimah “laa ilaaha illallah muhammadurrasulullah”
2.Solat yang khusyuk,khuduk & tawaduk
3.Ilmu zikir
4.Ikromul muslimin
5.Ikhlas niat
6.Dakwah dan tabligh
Maka
, jika kita mengamalkan enam sifat para sahabat tersebut,Insyaallah
Allah akan mempermudahkan kehidupan dunia dan akhirat kita. Di
bawah,saya akan huraikan dengan terperinci setiap sifat sahabat yang
seharusnya kita contohi.
Saturday, 28 July 2012
Cerpen
Awan yg menangis....
Hujan lebat turun membasahi bumi. Sehingga kini, masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti. Sudah lama juga hujan tidak turun selebat itu. Mana tidaknya, sebelum ni cuaca sangat panas.
Awan yg menangis....
Hujan lebat turun membasahi bumi. Sehingga kini, masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti. Sudah lama juga hujan tidak turun selebat itu. Mana tidaknya, sebelum ni cuaca sangat panas.
Kakak baru sahaja usai menunaikan solat Zohor. Sebelum solat, dia ada
berjanji dengan Adik, untuk membancuh air Milo sejuk pada asalnya. Tapi
dalam keadaan hujan lebat yang sejuk ini, rasanya kalau bancuh air Milo
panas lagi umphh.
Selepas makan tengahari, Adik terus duduk berteleku di tepi tingkap
memerhatikan titis-titis hujan yang turun. Di pangkuannya, Boboi si
kucing kesayangan Adik sudah terlena. Mungkin selesa dek kehangatan
belaian Adik, nak pula tengah sejuk sekarang ini.
"Adik, nak air Milo tak? Kakak bancuh yang panas ye. Sejuk sekarang ni."
"Kakak, tak apalah. Adik tak nak minum air Milo. Adik nak Kakak duduk
sebelah Adik, boleh?" pinta Adik sambil menepuk lantai untuk duduk di
sebelahnya. Pasti ada sesuatu yang Adik nak tanya ni, hati Kakak
berbisik.
Kakak duduk melunjurkan kaki, kemudian mengambil Boboi dari pangkuan
Adik dibawa ke pangkuannya. Terdengar bebelan kecil Boboi, mungkin
kerana tidurnya yang lena diganggu. Tak lama lepas tu, Boboi tertidur
semula.
"Kakak, dah lama kan hujan tak turun?"
"Yep. Alhamdulillah. Allah turunkan juga hujan. Rasa segar sikit dapat bau hujan. Hehe."
"Ha'a Kak. Tengok tu. Katak tu lompat-lompat kat laman rumah. Mesti dia suka hujan turun. Boleh main hujan."
Oh, itulah rupanya yang Adik ralit sangat duduk di tepi tingkap ini. Ralit tengok katak rupanya.
"Kakak, Adik pernah dengar, kalau hujan turun, maksudnya awan tengah menangis ye Kak?"
Kakak tersenyum mendengar soalan Adik. Alhamdulillah, dia dikurniakan
seorang Adik yang sangat cerdas. Sudah menjadi kebiasaan, kalau ada
apa-apa sahaja yang bermain di mindanya, Adik akan terus bertanya,
walaupun ada masanya soalan yang diajukan itu, kedengaran tidak logik
juga.
"Oh, awan tu menangis, sebab kena pikul beban air yang sangat berat.
Apabila dah tak terlarat nak pikul, awan pun mencurahkan semua air itu
turun ke bumi. Nak pula bumi pun masa tu, sangat-sangat memerlukan air
hujan untuk menyegarkan balik semua yang layu kerana berpanas."
Adik sudah mula memusingkan badannya menghadap Kakak. Petanda ingin mendengar lagi penjelasan dengan lebih mendalam.
"Kalau ikut proses alam, mula-mula awan akan sedut air dekat sungai
sikit, laut sikit, kolam sikit, untuk dikumpulkan. Tak lama lepas tu,
awan tu pun akan membesar sedikit demi sedikit, ikut pada banyak mana
air yang dia dapat sedut. Dan tak lama lepas tu, apabila awan tu dah
rasa berat sangat, dah tak larat dah ni, barulah awan lepaskan air tu
turun sebagai hujan. Itupun semua, dengan izin Allah."
Kakak terpaksa menukar perkataan 'sejat' kepada 'sedut', bagi memudahkan si Adik membayangkan apa yang diceritakan itu.
"Kakak, tapi kan, Adik tak nampak pun air kena sedut...."
Meletus tawa si Kakak. Haih Adik. Adik mula membuat muka tak faham.
"Adik, tak semua proses ni kita akan nampak. Itu semua sudah menjadi
kuasa Allah, bagaimana air itu disedut ke awan. Macam ni, Adik pernah
tengok kan, air dekat bekas Boboi. Kadang-kadang, Boboi tak minum, air
dah tinggal sedikit. Itu maknanya air Boboi dah kena sedut ke udara, nak
dibawa ke awan. Memang Adik tak nampak air tu kena sedut, tapi Adik
tahu, yang air dalam bekas Boboi semakin kurang. Nak pula kalau hari
panas macam semalam. Lagi banyak air yang kena sedut apabila cuaca
panas."
"Kakak, kalau orang menangis kan, maknanya, mata dia pun boleh sedut air macam awan ye?"
Kakak menarik nafas panjang dan dalam. Soalan yang Adik tanya kali
ini, bukannya soalan yang susahpun untuk dijawab. Cuma Kakak tak pasti,
seandainya Adik dapat memahami jawapan yang bakal dia berikan itu.
"Macam ni. Manusia menangis, bukan macam tu ceritanya. Manusia ni
unik Adik. Allah ciptakan manusia, dengan seketul darah, yang Allah
gelarkan sebagai hati. Dan hati tu, secara fitrahnya, sangat lembut.
Lembut sehingga mampu untuk menyerap, dan menyimpan segala beban dan
kesusahan yang dihadapinya, semasa menjalani kehidupan sehariannya di
dunia ni. Dan hati itu, ada tahap kekuatannya untuk bertahan memikul
beban dalamnya. Sampai satu masa, hati itu akan melepaskan semua apa
yang disimpannya selama ini, melalui tangisan. Tangisan itu bukannya
bukti yang hati itu lemah kerana terlalu lembut, tapi ianya bukti yang
hati itu sudah lama bertahan untuk menjadi kuat dalam memikul semua
beban itu. Macam awan, apabila terlalu berat, akan turun juga hujan.
Tapi, apabila seseorang manusia itu meluahkan semua apa yang dirasa
dalam hatinya melalui tangisan, InsyaAllah, dia akan merasa suatu
kelegaan, dan juga keringanan di hatinya. Sama macam awan, lepas hujan
turun, dia pun akan menjadi kembali ringan, dan bersedia untuk menyedut
balik air untuk dikumpulkan.
Manusia pun, selepas menangis, dia akan menjadi lebih bersedia untuk
berhadapan dengan setiap kesusahan yang dihadapi. Hatinya yang lembut
itu tetap akan terus lembut. Namun, daya kekuatannya untuk menahan beban
di dalamnya akan bertambah, membuatkan dirinya lebih kuat dan tabah."
Kakaknya memandang mata Adiknya. Khusyu' si Adik mendengar, tapi, tak
tahulah kalau Adiknya faham atau tidak mesej yang disampaikan itu.
"Jadikan Kak, kalau bumi, awan itu macam hati manusia. Sama juga
manusia, hati dia tu macam awan. Sama-sama akan menyedut, tapi lain-lain
apa yang disedut. Dan dua-dua akan lepaskan apa yang disedut itu,
melalui air. Kalau awan, melalui hujan. Kalau manusia lak, menangis.
Tapi kan Kak....."
Si Kakak menanti sambungan kata-kata Adiknya.
"Kenapa Kakak menangis ye setiap kali tolong Ibu masak? Memang tolong Ibu masak tu susah ye?"
Tergelak besar Kakak. Dan kali ini, gelak tawa Kakak disambut oleh gelak si Ibu.
"Tu namanya bukan menangis Adik. Kakak awak tu tak tahan dengan
bawang. Setiap kali kupas bawang, berair mata. Asal kupas bawang, berair
mata." Sambut si Ibu, dengan membawa dua mug berisi air Milo panas.
"Adik. Adik. Nanti Adik besar sikit tolonglah Ibu kupas bawang kat
dapur. Rasa macam mana pedihnya mata masa kupas bawang. Yang tu cerita
dia lain pula Adik. Nanti masa Kakak tolong Ibu kat dapur, Kakak cerita
kenapa Kakak berair mata masa kupas bawang.
Ibu, terima kasih untuk air Milo panas. Kakak baru terfikir nak bancuh tadi. Sekali Adik tahan Kakak kat sini."
"Tak apa. Kebetulan Ibu pun ralit dengar cerita Kakak kat Adik tadi. Ni Adik faham tak apa yang Kakak cerita panjang dari tadi?"
"Errmmm. Ada yang faham. Ada yang tak. Tak apa, yang Adik tahu, orang yang menangis tu bukan orang yang lemah. Hehe."
"InsyaAllah, sampai masanya nanti, Adik akan faham. Apabila Adik dah
besar macam Kakak, Adik akan faham dengan sendirinya setiap apa yang
Kakak ceritakan ni," pesan Ibu kepada Adik.
Adik mengangguk. Milo panas mula dihirup perlahan. Alhamdulillah, nikmat rasanya dapat minum Milo panas waktu-waktu macam ni.
Hujan yang lebat tadi sudah berhenti. Matahari mula memancarkan semula cahayanya. Dan di balik cahaya itu,
"Kakak, tengok tu, ada pelangi."
Adik menunjukkan pelangi kepada Kakak. Lebar senyuman Adik dapat menyaksikan pelangi yang jarang sekali dapat dilihat.
"Kakak, masa hujan, kat luar nampak kelabu. Mendung je. Tapi apabila
hujan dah berhenti, matahari keluar sekali dengan pelangi yang ada tujuh
warna. Cantikkan alam selepas hujan."
Dengan penuh ceria Adiknya menyampaikan apa yang ada dalam fikirannya. Kakak tersenyum.
Subhanallah. Tidak Allah menciptakan sesuatu itu, tanpa sebabnya.
Setiap sesuatu ciptaan itu mempunyai peranannya yang telah ditetapkan
Allah. Ada pelangi setelah awan menangis.
"Moga Adik membesar menjadi muslimah yang tabah. Muslimah yang kuat.
Muslimah yang tetap lembut hatinya. InsyaAllah. Moga Allah sentiasa
melindungimu, wahai Adikku sayang."
Subscribe to:
Posts (Atom)