Friday, 3 August 2012

Yakin dengan kalimah “laa ilaaha illallah muhammadurrasulullah”



Kalimah ini merupakan kalimah iman.Maksud “laa ilaaha illallah” ialah kita hendak memasukkan kebesaran Allah dalam hati kita dan kita keluarkan kebesaran makhluk dalam hati kita. Dalam erti kata lain, kita hendaklah yakin bahawa hanya Allah yang berkuasa dan bukannya makhluk seperti manusia, haiwan dan sebagainya. Sebagai contoh, jika kita sakit tentunya kita akan makan ubat tetapi bukan ubat yang berkuasa menyembuhkan kita tetapi Allah SWT. Ubat itu hanyalah asbab ( perantara) dari Allah untuk menyembuhkan. Janganlah pula tidak makan ubat kerana tanpa ikhtiar dan keizinan dari Allah maka sesuatu itu tidak akan berhasil. Kita juga hendaklah yakin bahawa sesuatu yang berlaku itu, jika tanpa izin Allah SWT, maka ianya tidak akan terjadi.Sebagai contoh, jika kita telah berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu perkara, jika Allah tidak mengizinkan kita berjaya maka tiada kejayaan atas usaha tersebut. Jika Allah mengizinkan sesuatu perkara berlaku, tanpa sebab pun perkara tersebut boleh berlaku sebagaimana yang kita dapat lihat pada tragedi tsunami.
Nilai Iman
Iman sebesar zarah harganya di sisi Allah SWT ialah syurga yang luasnya sepuluh 10 kali dunia. Harta sebanyak dunia tetapi mati tanpa iman tidak akan dapat walaupun baunya syurga.
Di dalam sebuah hadith Nabi s.a.w bersabda lebih kurang:
Allah SWT akan memerintahkan pada Hari Pengadilan "Keluarkan dari neraka jahannam, semua mereka yang berkata Laa ilaha Illallah dan yang mempunyai iman walaupun sebesar zarah di dalam hatinya. Keluarkan semua mereka yang berkata Laa ilaha Illallah atau mengingati Aku dengan berbagai cara atau takut kepada Aku pada bila-bila masa".
Iman itu nilainya adalah syurga. Iman yang paling kecil, iaitu sebesar zarah dihargai oleh Allah SWT dengan syurga yang luasnya sepuluh 10 kali dunia. Allah SWT akan berkata kepada mereka yang paling akhir masuk syurga, "Hendakkah kamu syurga yang luasnya seperti dunia yang kamu hidup dahulu? Maka mereka menyangka bahawa Allah SWT mempermain-mainkan mereka dan mereka berkata, "Oh,! Ya, Allah! Kamu adalah Rab (Tuhan) dan kami adalah hambaMu. Oleh itu janganlah kamu mempermain-mainkan kami". Allah SWT akan berkata bahawa Allah SWT bukan sahaja memberi mereka syurga yang luasnya seperti dunia yang mereka hidup dahulu malahan sepuluh 10 kali ganda luasnya.
Kelebihan:
1.Siapa yang akhir Kalamnya (meninggal dunia) dapat menyebut Kalimah Lailahailallah nescaya Allah akan memberi syurga 10 kali ganda besar dunia.
2. Barang siapa yang mati sedangkan dia yakin tidak ada yang berhak disembah selain Allah Swt., maka dijamin masuk surga.
3. Barang siapa yang bersaksi bahwa tidak ada yang berhak disembah selain Allah dan hatinya membenarkan lisannya, maka dipersilakan masuk surga dari pintu mana yang dia suka.
Cara hendak mendapatkannya
1. Dakwah maksud, kelebihan dan cari cerita hadis kisah para sahabat s.a.w. ketika Khalid Alwalid menjadi tawanan Saidina Umar sebelum beliau masuk Islam.
2.Nafikan dalam hati kebesaran dan keagungan makhluk tetapi isbatkan Keagungan Allah.
3. Doa supaya Allah mengurniakan kalimah tersebut kepada kita.
“muhammadurrasulullah” pula bererti kita hendaklah menanam keyakinan bahawa hanya sifat Nabi Muhammad SAW yang akan membawa kejayaan didunia dan diakhirat dan salah satu caranya adalah dengan mengikuti sunah2 nabi. Antara yang boleh kita ikuti adalah cara nabi makan, tidur dan lain- lain . Memang saya akui,pada zaman serba moden ini sunah Nabi Muhammad SAW agak kurang diikuti. Dengan pemikiran jumud masyarakat sekarang, sunah-sunah nabi dianggap pelik dan diketawakan. Sedarlah, jika bukan kita yang mengamalkan sunah-sunah nabi, siapa lagi yang akan mengamalkannya? Tepuk dada tanya iman.
Kelebihan
1.Barangsiapa yang menghidupkan sunnah nabi s.a.w di zaman kerosakkan fasyak dan mungkar ummat, Allah akan beri ganjaran 100 pahala mati syahid.
Cara hendak mendapatkannya
1.Dakwah maksud, kelebihan dan cari hadis kisah para sahabat s.a.w. cerita dua 2 orang sahabat berjalan di suatu lorong
2.Amal semudah-mudah sunnah hingga sesukar-sukar sunnah Rasulullah s.a.w.
3.Doa supaya dicampakkan hakikat kalimah ini.

No comments:

Post a Comment