RIWAYAT HIDUP
Imam Syafie dibesarkan di Hijaz, tanah asal Ahli Sunah Waljamaah. Pada awalnya, beliau berpegang kepada ajaran Imam Malik sebelum berhijrah ke Iraq dan di sana beliau didedahkan kepada pentaakulan logik Islam yang diamalkan oleh ahli fiqah Iraq. Setelah itu, Imam Syafii berhijrah ke Mesir di mana beliau memperkenalkan pemikiran, sistem pentaakulan dan ajaran beliau yang pada hari ini dikenali sebagai mazhab Syafie. Pengajian beliau dalam ilmu fiqah terbahagi kepada tiga peringkat. Peringkat permulaan ialah ketika beliau di Makkah dan Madinah, Hijjaz. Setelah dilatih untuk menjadi ahli fiqah yang mengutamakan Sunnah nabi, beliau dihantar ke Iraq. Di Iraqlah bermula peringkat kedua pengajian beliau, dengan mendapat pendidikan mengenai pentaakulan dalam menentukan syaria Islam. Peringkat terakhir adalah ketika beliau di Mesir dan pengasasan mazhab Syafii.
Penyebar-luasan pemikiran Mazhab Syafii berbeda dengan Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki, yang banyak dipengaruhi oleh kekuasaan kekhalifahan. Pokok pikiran dan prinsip dasar Mazhab Syafii terutama disebar-luaskan dan dikembangkan oleh para muridnya. Murid-murid utama Imam Syafii di Mesir, yang menyebar-luaskan dan mengembangkan Mazhab Syafii pada awalnya adalah:
Imam Syafii terkenal sebagai perumus pertama metodologi hukum Islam. Usul al-Fiqh (atau metodologi hukum Islam) tidak dikenal pada masa Nabi dan sahabat, melainkan ilmu ini baru lahir setelah Imam Syafii menulis Ar-Risalah. Mazhab Syafii umumnya dianggap sebagai mazhab yang paling konservatif diantara mazhab-mazhab fiqah Sunni lainnya, dimana berbagai ilmu keislaman telah berkembang berkat dorongan metodologi hukum Islam dari para pendukung mazhab ini.

Imam Syafii dilahirkan sama ada di Gaza, Palestin atau di sebuah pekan kecil berdekatan dengan Asqalan atau Askelon di Turki atau Syria (Asqalan ketika zaman itu merupakan sebahagian daripada Syria). Selepas kemangkatan bapa beliau, keluarganya berhijrah ke Palestin bersama-sama
dengan Bani Yaman, yang merupakan satu keturunan ibu beliau. Ketika
berumur 10 tahun, beliau berhijrah sekali lagi ke Makkah. Imam Syafii
mula mempelajari al-Quran ketika berumur tujuh tahun dan mula
mempelajari dan mengingati kitab al-Muwatta' karangan
Imam Malik pada umur 10 tahun. Ketika berumur 15 tahun, beliau diberi
pengiiktirafan untuk mengajukan pendapat beliau di dalam bidang fiqah.
Bapa beliau berasal daripada bani Quraisy, dan nenek moyang Imam Syafii adalah al-Mutallib adalah bapa saudara Nabi Muhammad. Bani Quriasy merupakan penyokong Nabi Muhammad setelah Perang Badar.
Sejarah keturunan beliau memberikan beliau martabat dan mungkin juga
menjadi sumber inspirasi untuk beliau mempertahankan ajaran Sunah.
Membesar di kalangan puak Badwi, Imam Syafii kemudiannya kembali ke Makkah dan memulakan pengajian syaria beliau dengan Muslim bin Khalid al-Zanji, Mufti Mekah ketika itu, Sufian bin Uyaina,
dan lain-lain lagi. Walaupun telah diiktiraf untuk menjadi hakim,
beliau membuat keputusan untuk meneruskan pengajian dengan Imam Malik.
Imam Syafii meinggalkan Mekah ke Madiah untuk bertemu dengan Imam Malik,
dan umur beliau ketika itu ialah 22 tahun.
Nama: | Muhammad bin Idris as-Syafii |
---|---|
Gelaran: | Imam Syafii |
Lahir: | 767 |
Wafat: | 820 |
Bidang: | Fiqah, |
Idea utama: | Mazhab Syafii |
Pengaruh: | Imam Malik |
PENYEBARAN
Penyebar-luasan pemikiran Mazhab Syafii berbeda dengan Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki, yang banyak dipengaruhi oleh kekuasaan kekhalifahan. Pokok pikiran dan prinsip dasar Mazhab Syafii terutama disebar-luaskan dan dikembangkan oleh para muridnya. Murid-murid utama Imam Syafii di Mesir, yang menyebar-luaskan dan mengembangkan Mazhab Syafii pada awalnya adalah:
- Yusuf bin Yahya al-Buwaiti (w. 846)
- Abi Ibrahim Ismail bin Yahya al-Muzani (w. 878)
- Ar-Rabi bin Sulaiman al-Marawi (w. 884)
Imam Ahmad bin Hanbal yang terkenal sebagai ulama hadis terkemuka dan pendiri fiqah Mazhab Hanbali,
juga pernah belajar Imam Syafii. Selain itu, masih banyak ulama-ulama
yang terkemudian yang mengikuti dan turut menyebarkan Mazhab Syafii,
antara lain:
PENINGGALAN
Imam Syafii terkenal sebagai perumus pertama metodologi hukum Islam. Usul al-Fiqh (atau metodologi hukum Islam) tidak dikenal pada masa Nabi dan sahabat, melainkan ilmu ini baru lahir setelah Imam Syafii menulis Ar-Risalah. Mazhab Syafii umumnya dianggap sebagai mazhab yang paling konservatif diantara mazhab-mazhab fiqah Sunni lainnya, dimana berbagai ilmu keislaman telah berkembang berkat dorongan metodologi hukum Islam dari para pendukung mazhab ini.
Karena metodologinya yang sistematis dan tingginya tingkat ketelitian
yang dituntut oleh Mazhab Syafii, terdapat banyak sekali ulama dan
penguasa di dunia Islam yang menjadi pendukung setia mazhab ini. Di
antara mereka bahkan ada pula yang menjadi pakar terhadap keseluruhan
mazhab-mazhab Ahli Sunah Waljamaah di
bidang mereka masing-masing. Saat ini, Mazhab Syafii diperkirakan
diikuti oleh 28% umat Islam sedunia, dan merupakan mazhab terbesar kedua
dalam hal jumlah pengikut setelah Mazhab Hanafi.
KISAH IMAM AS_SYAFIE
Imam Syafie bernama Muhammad bin Idris. Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad SAW pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf.

Beliau dilahirkan di Ghuzah nama sebuah kampung yang termasuk daerah
Palestin, pada bulan Rejab 150 H atau 767 Masehi. Tempat asal ayah dan
bonda beliau ialah di Kota Makkah. Imam Syafie lahir di Palestin kerana
ketika itu bondanya pergi ke daerah itu demi keperluan penting. Namun di
dalam perjalanan menuju Palestin tersebut ayahnya meninggal dunia,
sementara Imam Syafie masih dalam kandungan ibunya. Setelah berumur dua
tahun baru Imam Syafie dan ibunya kembali ke Kota Makkah.
Ketika berumur 9 tahun beliau telah hafal Al-Quran 30 juz. Umur 19 tahun
telah mengerti isi kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama
kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya. Kitab Al-Muwatha’ tersebut berisi
hadith-hadith Rasulullah SAW, yang dihimpun oleh Imam Malik. Kerana
kecerdasannya pada umur 15 tahun beliau telah diizinkan memberi fatwa di
hadapan masyarakat dan menjawat sebagai guru besar ilmu hadith serta
menjadi mufti dalam Masjidil Haram di Makkah.
Ketika berumur 20 tahun beliau pergi belajar ke tempat Imam Malik di
Madinah, setelah itu beliau ke Iraq, Parsi dan akhirnya kembali ke
Madinah. Dalam usia 29 tahun beliau pergi ke Yaman untuk menuntut ilmu
pengetahuan.
Tentang ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah diceritakan bahawa
setiap malam beliau membagi malam itu kepada tiga bahagian. Sepertiga
malam beliau gunakan kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga,
sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.
Ketika Imam Syafie di Yaman, beliau diangkat menjadi setiausaha dan
penulis istimewa Gabenor di Yaman, sekaligus menjadi guru besar di sana.
Kerana beliau termasuk orang pendatang, secara tiba-tiba memangku
jawatan yang tinggi, maka ramai orang yang memfitnah beliau. Ahli
sejarah telah menceritakan bahawa waktu Sultan Harun Ar-Rasyid sedang
marah terhadap kaum Syiah, sebab golongan tersebut berusaha untuk
meruntuhkan kekuasaan Abbasiyah, mereka berhasrat mendirikan sebuah
kerajaan Alawiyah iaitu keturunan
Saidina Ali bin Abi Talib. Kerana itu di mana kaum Syiah berada mereka diburu dan dibunuh.
Saidina Ali bin Abi Talib. Kerana itu di mana kaum Syiah berada mereka diburu dan dibunuh.
Suatu kali datang surat baginda Sultan dari Baghdad. Dalam surat yang
ditujukan kepada Wali negeri itu diberitahukan supaya semua kaum Syiah
ditangkap. Untuk pertama kali yang paling penting adalah para
pemimpinnya, jika pekerjaan penangkapan telah selesai semua mereka akan
dikirimkan ke Baghdad. Semuanya harus dibelenggu dan dirantai. Imam
Syafie juga ditangkap, sebab di dalam surat tersebut bahawa Imam Syafie
termasuk dalam senarai para pemimpin Syiah.
Ketika peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan, Imam Syafie dibawa ke
Baghdad dengan dirantai kedua belah tangannya. Dalam keadaan dibelenggu
itu para tahanan disuruh berjalan kaki mulai dari Arab Selatan (Yaman)
sampai ke Arab Utara (Baghdad), yang menempuh perjalanan selama dua
bulan. Sampai di Baghdad belenggu belum dibuka, yang menyebabkan
darah-darah hitam melekat pada rantai-rantai yang mengikat tangan
mereka.
Pada suatu malam pengadilan pun dimulai. Para tahanan satu persatu masuk
ke dalam bilik pemeriksaan. Setelah mereka ditanya dengan beberapa
kalimat, mereka dibunuh dengan memenggal leher tahanan tersebut. Supaya
darah yang keluar dari leher yang dipotong itu tidak berserak ia dialas
dengan kulit binatang yang diberi nama dengan natha’. Imam Syafie dalam
keadaan tenang menunggu giliran, dengan memohon keadilan kepada Allah
SWT. Kemudian beliau dipanggil ke hadapan baginda Sultan. Imam Syafie
menyerahkan segalanya hanya kepada Allah SWT. Dengan keadaan merangkak
kerana kedua belah kaki beliau diikat dengan rantai, Imam Syafie
mengadap Sultan. Semua para pembesar memperhatikan beliau.
“Assalamualaika, ya Amirul Mukminin wabarakatuh.” Demikian ucapan salam
beliau kepada baginda dengan tidak disempurnakan iaitu “Warahmatullah.”
“Wa alaikassalam warahmatullah wabarakatuh.” Jawab baginda. Kemudian
baginda bertanya: “Mengapa engkau mengucap salam dengan ucapan yang
tidak diperintahkan oleh sunnah, dan mengapa engkau berani berkata-kata
dalam majlis ini sebelum mendapat izin dari saya?” Imam Syafie menjawab:
“Tidak saya ucapkan kata “Warahmatullah” kerana rahmat Allah itu
terletak dalam hati baginda sendiri.” Mendengar kata-kata itu hati
baginda jadi lembut. Kemudian Imam Syafie membaca surah An-Nur ayat 55
yang bermaksud:
“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.”
Setelah membaca ayat di atas kemudian Imam Syafie berkata: “Demikianlah
Allah telah menepati janjiNya, kerana sekarang baginda telah menjadi
khalifah, jawapan salam baginda tadi membuat hati saya menjadi aman.”
Hati baginda menjadi bertambah lembut. Baginda Harun ar Rashid bertanya
kembali: “Kenapa engkau menyebarkan faham Syiah, dan apa alasanmu untuk
menolak tuduhan atas dirimu.” “Saya tidak dapat menjawab pertanyaan
baginda dengan baik bila saya masih dirantai begini, jika belenggu ini
dibuka Insya-Allah saya akan menjawab dengan sempurna. Lalu baginda
memerintahkan kepada pengawal untuk membukakan belenggu yang mengikat
lmam Syafie itu. Setelah rantai yang membelenggu kedua kaki dan
tangannya itu dibuka, maka Imam Syafie duduk dengan baik kemudian
membaca surah Hujarat ayat 6:
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”
“Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang sampai kepada baginda itu
adalah dusta belaka. Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan Islam. Dan
bagindalah yang berhak memegang adab kitab Allah kerana baginda adalah
putera bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abbas. Kita sama-sama
menghormati keluarga Rasulullah. Maka kalau saya dituduh Syiah kerana
saya sayang dan cinta kepada Rasulullah dan keluarganya, maka demi
Allah, biarlah umat Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah
Syiah. Dan tuan-tuan sendiri tentunya sayang dan cinta kepada keluarga
Rasulullah.” Demikian jawab Imam Syafie.
Baginda Harun ar-Rasyid pun menekurkan kepalanya kemudian ia berkata
kepada Imam Syafie: “Mulai hari ini bergembiralah engkau agar lenyaplah
perselisihan antara kami dengan kamu, kerana kami harus memelihara dan
menghormati pengetahuanmu wahai Imam Syafie.”
Demikianlah kehidupan Imam Syafie sebagai ulama besar, yang tidak lepas
dari berbagai cubaan serta seksaan dari pihak yang tak mengerti akan
hakikat kebenaran yang sesungguhnya. Hanya ketabahan dan keimanan serta
pengetahuanlah yang dapat menghadapi setiap cubaan itu sebagai suatu
ujian dari Allah SWT yang harus kita hadapi.
No comments:
Post a Comment